CASA PERSONA HOMESTAY TAIPING

Simpang, Taiping, Perak
Nak Makan Angin, Mencari Tempat Menginap ataupun... nak kenduri khawin..

Atau Menghadiri Kursus?
Ya... Anda Di Jemput Ke Casa Persona Homestay Taiping, Simpang, Taiping, Perak, Malaysia. Kediaman kami SUDAH PASTINYA akan membuatkan anda kembali lagi. Terdapat pelbagai kemudahan yang berhampiran dengan Casa Persona Homestay Taiping untuk keselesaan anda semasa menginap di Casa Persona Homestay Taiping. Antaranya berdekatan dengan Masjid Al-Ikhwaniah Simpang, Kedai Runcit, Restoran Tomyam (Operasi jam 5.00 petang - 3.00 pagi - setiap hari), Kedai Photostat, Klinik, Pasaraya, stesen minyak, bandar Taiping, Zoo Taiping, Taman Tasek Taiping dan banyak lagi.

 Kenapa Anda Perlu Pilih Casa Persona Homestay Taiping ?
1. Berhampiran Casa Persona Homestay Taiping anda akan dapat makan Raja Buah. Taiping adalah merupakan salah satu tempat yang mengeluarkan Raja Buah yang terbaik di Malaysia dan Dunia. Lokasi Casa Persona Homestay Taiping, yang berhampiran dengan Kampung Simpang, Kampung Jaha, Kampung Sungai Mati... adalah antara kawasan pengeluaran durian di Taiping.
Durian dan terdapat lagi pelbagai buah-buahan tempatan yang bermusim, yang anda pastinya tidak dapat melepaskannya.


2. .... Taman Tasik Taiping ... Taman reakrasi tertua di Malaysia dan terdapat banyak aktiviti tersedia untuk anda dan keluarga.
Pelbagai aktiviti untuk anda yang gemarkan aktiviti luar, seperti mengayuh sampan, berjoging, tai chi dan lain-lain. DariCasa Persona Homestay Taiping, cuma 8 minit sahaja. Perjalanan dari Casa Persona Homestay Taiping ke Taman Tasik Taiping adalah sangat mudah.

3.... Zoo Taiping... Macam-macam binatang ada. Anda berpeluang melihat pelbagai spesis dari luar dan dalam negara. Antaranya Orang Utan yang jinak, Gajah, Sapi dan lain-lain. Menggunakan jalan yang sama ke Taman Tasik Taiping dari Casa Persona Homestay Taiping, anda berpeluang melawat salah satu Zoo Tertua di Malaysia. Dengan lokasi di dalam kawasan Taman Tasik Taiping, dengan itu memudahkan anda untuk berehat bersama keluarga sambil beriadah.

4. .... Bukit Larut atau dahulu di kenali sebagai Bukit Maxwell..
Tempat Peranginan Tanah tinggi dengan cuaca yang dingin.
Anda juga dapat melihat pemandangan Bandar Taiping di atas
Bukit Larut.Sudah tentunya ianya berhampiran dengan Casa Persona Homestay Taiping.


Casa Persona Homestay Taiping

... Jemput keCasa Persona Homestay Taiping, anda pasti sukakanya.. Lokasi Casa Persona Homestay Simpang Taiping ke Bandar Taiping cuma 5 minit. Cuma 10 minit ke Hutan Paya Kuala Sepetang, lokasi menarik untuk melihat aktiviti paya bakau, kampung nelayan dan terdapat makan laut yang sedap lagi menarik.. iaitu mee udang. Anda juga dapat melihat tinggalan sejarah iaitu landasan keretapi pertama di Tanah Melayu.
Lokasi Casa Persona Homestay Taiping yang aman dan damai akan membuatkan anda rasa seperti tinggal di kampung anda sendiri. Dengan lokasi yang unik, jika anda dari Selatan anda boleh keluar melalui Toll Changkat Jering untuk ke Casa Persona Homestay Simpang Taiping, cuma 8 minit sahaja di perlukan. Ok, untuk anda dari Utara, sila keluar dari Toll Kamunting Utara, ambil kanan selepas toll, terus sehingga ke pekan Simpang, selepas Balai Polis Simpang, ada satu Trafik Light, ambil kanan, cuma 50 meter untuk ke Casa Persona Homestay Simpang Taiping dari Masjid Al-Ikwaniah Simpang.













FASALITI CASA PERSONA HOMESTAY TAIPING

Casa Persona Homestay Taiping  mempunyai kemudahan berikut :
a) 3 Bilik. 2 Bilik berhawa dingin, berkipas dan  berkatil keluarga dan 1 bilik berkipas serta dilengkapi dengan 2 buah katil bujang.
b) Dapur untuk memasak serta penapis air RxWater serta jug air eletrik dan peti sejuk.
c) 2 bilik mandi dan bilik air utama di lengkapi dengan pemanas air.
d) Ruang Makan, dilengkapi dengan meja untuk 8 orang.
e) Ruang tamu di lengkapi sofa serta TV dan berkipas.

Photo Dalam Casa Persona Homestay Taiping



Bilik Tidur 1 & 2, Berhawa Dingin



Bilik Tidur 3, Berkipas

















Ruang Makan

Ruang Tamu


















Sila Hubungi Untuk Keterangan Lanjut / Tempahan :

SILA DAIL :

KADAR SEWAAN :
  HARI PERTAMA ( BIASA) : RM 200.00 ( Malam Pertama )
HARI KEDUA : RM 180.00 ( Malam Ke Dua)

HARI CUTI AM/HUJUNG MINGGU/CUTI SEKOLAH : RM 200.00 ( 24 JAM)

Casa Persona Homestay Taiping berkapasiti seramai 20( dewasa dan kanak-kanak) orang pada satu-satu masa.


ALAMAT :  TAMAN PALONG MAJU, SIMPANG, TAIPING, PERAK.

Terma Dan Syarat (Term And Condition )
1. Alkohol dan Makanan Tidak Halal, adalah dilarang sama sekali. ( Alcohol and Pork Are Not Allowed).
2. Check-In Paling Awal adalah Jam 01.00 Petang. ( Check-In Time - 12.00PM ).
3. Check-Out Paling Lewat Adalah Jam 12.00 Pagi. (Check-Out Time - 11.30AM)
4. MAAF! PENGINAPAN HANYA UNTUK ORANG MUSLIM.

Terima kasih kerana anda sudi mengunjungi Casa Persona Homestay Taiping.
KEDATANGAN ANDA DI Casa Persona Homestay Taiping AMAT-AMAT DIALUKAN. 

Peta Untuk Ke Casa Persona Homestay.
Pelan Kasar Ke Homestay